Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya jutawan kosmetik telah menggemparkan Malaysia pada tahun 2010. Masyarakat telah didedahkan bagaimana jenayah itu diperlakukan dengan kejam hasil siasatan polis hingga membawa penemuan bahan bukti di sebuah ladang dan kawasan sekitarnya.
Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati suspek iaitu bekas peguam N Pathamanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Pathamnabhan dan T Thilaiyalagan, R. Matan serta R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin 44 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment