ad ld

Pages

Tuesday, May 21, 2013

Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)

Empat maut termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dipercayai berpunca daripada kegagalan brek berfungsi salah sebuah kereta, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam kejadian jam 5.30 petang membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal itu menyebabkan pemandu dan tiga penumpang kereta PERODUA Viva maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala sekurang-kurangnya tiga cedera.


Mangsa maut dikenal pasti sebagai pemandu PERODUA Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, yang duduk di bahagian penumpang depan, yang putus kepala akibat terkena kabel penghadang jalan.

Turut maut dua penumpang di bahagian tempat duduk belakang, iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22, kedua-duanya adalah sepupu kepada Nurul Intan.

Kejadian dikatakan berlaku apabila PROTON Satria yang menuruni jalan Bukit Antarabangsa hilang kawalan apabila brek dipercayai tidak berfungsi, lalu merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan, sebelum merempuh PERODUA Viva yang dinaiki empat individu.

-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Anak Ning Baizura Ryan Sky Dalton (Gambar)
-- Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah

No comments: