ad ld

Pages

Wednesday, July 10, 2013

Tengku Zaihan Calon BN Dun Kuala Besut (Gambar)

Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.


Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau akan berusaha membela nasib rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Dun itu nanti. Anak veteran Umno Kuala Besut itu dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS Daerah Besut.

Selepas lebih lima tahun berkhidmat di Kuala Besut sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dan kemudiannya 10 tahun di JPS Putrajaya, katanya beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. sinarharian

-- Guru Penolong Kanan Ditembak Mati Di Luar Pagar Sekolah (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM 

No comments: