Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif
dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak hari ini. Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11,
tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat
dua dan tiga di bangunan berkenaan.
Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat
ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah
menyebabkan kepalanya tersepit di pintu. "Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba
tiba-tiba lif bergerak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur
Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden
tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota
digegaskan ke tempat kejadian. Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baru pulang dari sekolah, katanya.
"Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya
tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif
itu,"katanya. Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan
paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. sinarharian
-- Budak 5 Tahun Mati Tersepit Meja Lipat
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
-- Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand
No comments:
Post a Comment