Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi
mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar 'Selamat Berbuka Puasa'
di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis. Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan 'bak kut teh' yang
digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.
Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. "Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa." Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen
yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai
sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.
Seorang pelawat memberi ulasan: "Anda bebas membuat apa jua posting
yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan.
Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda
benar-benar melampau.” Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja
mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka
ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.
Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, "belum lagi…" "Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk
melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang
mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. "Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami
untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk
membuat kelakar dalam perkara seperti ini," katanya dalam satu
perbualan telefon bersama The Star Online.
Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan
‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang
marah dan kecewa dalam isu ini’. Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata
dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah
berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing. mstar
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
-- Future Hubby Seminggu Bercinta Awek Cun (Video)
No comments:
Post a Comment