Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya
menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi
mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, Maran, semalam. Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila
dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang
elektrik di kawasan semak berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan. Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.