ad ld

Pages

Monday, September 6, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri Ragut 4 Nyawa Di Jln Jb-Seremban

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Sungai Karas, Labis, Segamat, Johor, 5 Sept 2010. - Utusan

- Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam. Dalam tragedi pada pukul 3 petang itu, mereka yang terkorban ialah Md. Shukor Md. Dalib, 47, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Syazwan, 16, dan Mohd. Syafiq, 15.


Pemandu treler itu pula tidak cedera. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta yang dipandu Shukor dalam perjalanan pulang dari bandar Segamat menuju ke rumah mereka di Felda Maokil 1 di sini. "Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa dirempuh treler itu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dan remuk teruk," kata beliau. Menurut beliau, akibat rempuhan itu kesemua mangsa keluarga peneroka itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. - kosmo

-- Takziah utk mangsa. Al- Fatihah.

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

YA Allah ngeri nya... hope blik kg Khamis nie selamat lar... Tolong doa2 kan ... Selamat Hari Raya..

Muhammad Ammar Anuar said...

Mohd Syazwan, seperti tertera pada blog ni adalah kawan saya, bersekolah sama dengan dia. Masa ni, saya Tingkatan 1. Saya mula berkawan dengan dia masa hari Pendaftaran Pelajar di SMK Felda Maokil. Dia memang baik dengan saya. Tapi, tak kesampaian, saya berkenalan dengan dia selama 9 bulan sahaja. Saya doakan semoga roh-Nya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah......