
"Sehingga hari ini kami tertanya-tanya sama ada Rita sudah memaafkan kami atau tidak?
"Lagipun keluarga kami dah pun menemui keluarga Rita. Mungkin dia fikir yang kami masih tidak menerima dia sebab kes lama. "Masa Hari Raya pun dia tak balik ke kampung nenek kami di Kedah kerana Rita beraya di rumah orang tuanya di Perlis. Aidil pun tak sempat nak ke Perlis kerana dia ada latihan bola sepak di Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Ruzie menjelaskan perkara tersebut selepas timbul isu kononnya keluarga lelaki masih tidak merestui perkahwinan Rita dan Aidil ketika kembar pemain bola sepak itu, Zaquan Adha bakal bertunang dengan pelakon Ayu Raudhah. Menurut Ruzie lagi, sepatutnya Rita sebagai orang yang lebih muda sudah boleh memaafkan keluarganya memandangkan kedua ibu bapanya telah meminta maaf daripada Rita sebelum ini.
Ruzie turut menafikan gosip yang disiarkan sebuah akhbar tabloid Selasa lalu kononnya Rita menghalau ibu bapa Aidil sewaktu berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini. "Setakat ini, ibu bapa saya belum lagi pergi ke rumah Rita di Kepong, Selangor. Bila masa pula Rita nak halau mereka? Ibu bapa saya cuma berjumpa dengan ibu bapa Rita di kedai makan sahaja sebelum ini untuk berbincang hal keluarga. "Ada juga gosip mengatakan Aidil tak balik rumah jenguk isteri dan anak. Tapi Aidil sebenarnya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa. "Setakat ini Aidil tak pernah tak balik rumah walaupun dia habis latihan pada pukul 2 pagi atau 3 pagi," tegasnya
Bagaimanapun, mengenai masalah rumah tangga Aidil pula, Ruzie berkata, Aidil tidak pernah menceritakan masalah peribadinya dengan keluarga. Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.- mstar
No comments:
Post a Comment