
Antara tweet yang didakwa menyindir beliau ialah: Minah sendiri buat pengumuman di surat khabar, terdesak sangat ke?
Tweet itu diteruskan dalam bentuk pantun lima kerat iaitu:
Adab Asia megah berzaman Jumpa bincang pun belum Hormat semua yang tua dihiraukan Berlagak angkuh berita dilaung Rugi ini generasi hadapan.
Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya. Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami. Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran program realiti, The Biggest Loser Asia musim kedua di Putrajaya Marriot Hotel. - kosmo
No comments:
Post a Comment