ad ld

Pages

Showing posts with label gambar sm nasarudin dan marion rose. Show all posts
Showing posts with label gambar sm nasarudin dan marion rose. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Marion Rose Kecewa Disindir

Pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, kesal dengan tindakan bakal abang iparnya, SM Faisal SM Nasimuddin yang membuat pelbagai kenyataan kurang manis tentang dirinya di laman sosial Twitter sehingga menjadi topik bualan umum. Marion menganggap tindakan Faisal itu sebagai tidak profesional kerana beliau sepatutnya berjumpa dengannya jika mempunyai masalah berhubung rancangannya mengahwini Nasaruddin pada Disember ini.

Antara tweet yang didakwa menyindir beliau ialah: Minah sendiri buat pengumuman di surat khabar, terdesak sangat ke?
Tweet itu diteruskan dalam bentuk pantun lima kerat iaitu:
Adab Asia megah berzaman Jumpa bincang pun belum Hormat semua yang tua dihiraukan Berlagak angkuh berita dilaung Rugi ini generasi hadapan.

Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya. Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami. Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran program realiti, The Biggest Loser Asia musim kedua di Putrajaya Marriot Hotel. - kosmo

Monday, August 30, 2010

SM Nasarudin kahwini Marion Rose Caunter Disember Ini

Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.

Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka. "Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,".

Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga. - kosmo

- Pasangan yg sama cantik sama padan kan.. Phewiittt...