
Mangsa yang meninggal dunia ialah Azri Ismail, 27, yang juga pemandu kereta, isterinya Suzita Abu Bakar, 25, yang duduk di sebelah pemandu bersama anak mereka, Mohd Amar Haikal, berumur 25 bulan dan seorang lagi yang dipercayai rakan mereka, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, di tempat duduk penumpang belakang.
Kereta yang dipandu itu hilang kawalan dan kemudiannya merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori membawa muatan pasir yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di rim tayar. Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta terbakar dan kesemua mangsa gagal menyelamatkan diri. - bharian
No comments:
Post a Comment