
Tanpa diduga, tanggal 15 Februari 2009 menjadi saat paling sayu buat Siti dan seluruh keluarganya apabila ayahanda tercinta, Tarudin Ismail, kembali ke rahmatullah.
Berikutan itu, kesedihan terus bersarang dalam diri Siti selama berbulan-bulan lamanya. Malah pada beberapa sidang media selepas peristiwa sedih itu, Siti sering menangis apabila kenangan bersama abahnya disentuh. Hampir dua tahun berlalu, Siti kini sudah boleh menerima hakikat perginya seorang ayah. Namun, untuk Siti melupakan gelak tawa abah, itu tidak mungkin sama sekali. Segala-galanya terasa masih jelas di kelopak mata. Kini, hanya doa yang mampu Siti dan adik-beradiknya panjatkan setiap hari agar roh abah dicucuri rahmat.
Lalu kesempatan pulang ke Kuala Lipis, baru-baru ini bagi menjayakan majlis 'reunion' terbesar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK Clifford), Siti gunakan untuk menziarahi pusara abahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis. - hmetro
No comments:
Post a Comment