ad ld

Pages

Showing posts with label kes rogol atlet sukma. Show all posts
Showing posts with label kes rogol atlet sukma. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)

Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.


Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos. Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan. Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku. mstar

-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)

Monday, July 8, 2013

Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM

Tiga atlet Sukma bola baling ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia Sukma 2013.

Ketiga tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit ditahan reman seminggu bermula tangkapan. Sebuah akhbar melaporkan bahawa atlet bola baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia UPM Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan. Mangsa sedar kira kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel dan dihimpit seorang lelaki.

Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir gilir. Mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)