ad ld

Pages

Showing posts with label gambar shahir af8. Show all posts
Showing posts with label gambar shahir af8. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

(Gambar) Shahir AF8 Disyaki Sakit Kanser Hati

Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh. "Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius. "Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu. "Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar. "Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya. mstar

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama

Wednesday, September 22, 2010

Shahir AF8 Kemalangan, Kereta Berpusing 5 Kali

Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak. Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro. Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut. Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain. Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan. “Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit. “Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur. “Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan. “Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi. Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya. - mstar