ad ld

Pages

Showing posts with label terkini bcl. Show all posts
Showing posts with label terkini bcl. Show all posts

Monday, February 21, 2011

(Gambar) Bunga Citra Lestari Tidak Boleh Diet

Bentuk badan penyanyi Bunga Citra Lestari masih mempunyai lemak berlebihan walaupun bayi sulungnya kini sudah berumur empat bulan. Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini mengaku dia sedang menjalani program menguruskan badan namun bukan dengan cara berdiet.


"Saya tidak boleh berdiet. Cuma saya sekarang mengikuti program untuk menguruskan badan," ujar ibu kepada Noah ini. Menurut Bunga, anak sulung mereka sudah mengikuti beberapa sifat dia dan suaminya. Salah satunya adalah sifat sensitif Ashraf. "Ya, dia sensitif. Tapi lucunya, semalam saya menghantar gambar Noah kepada ibu bapa saya di Kuala Lumpur. "Mereka mengirim pula gambar saya semasa kecil, ya kami mirip" ujar Ashraf.

Tambah Bunga, raut wajah Ashraf dan Noah saling tidak tumpah tetapi berbeza pada bahagian dagu. "Kalau daripada bahagian mata dan ke atas itu sama seperti saya. Tapi kalau dagu dan pipi itu mirip ibunya," ujar Ashraff. kosmo

Friday, September 24, 2010

Gambar Anak Ashraff Sinclair - Noah

Gambar Ashraff Sinclair bersama anaknya, Noah. Agaknya iras Ashraff ke Bunga Citra Lestari ekk?


- Sumber: Tweeter.

Thursday, September 23, 2010

Tahniah : Ashraf Sinclair Dan Bunga Dapat Anak Lelaki

Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu. Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu. "Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasihat doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.

"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya. Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Adik kepada Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu. - mstar

Sunday, September 12, 2010

Gambar Bunga Cinta Lestari Hamil

Cute kan BCL ni..

- Sumber: izyan.com