ad ld

Pages

Sunday, December 15, 2013

Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Wedding Of The Year (Gambar)

Pasangan selebriti Zain Saidin, 29,dan Rozita Che Wan, 40, berasa lega dan berpuas hati apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang. Zain berkata, tekanan berakhir apabila berjaya merealisasikan majlis perkahwinan tersebut sebagai 'wedding of the year' seperti yang diharapkan semua pihak.


"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami berpuas hati dengan apa yang ditawarkan iaitu daripada semua penaja untuk menjadikan majlis ini sebagai 'wedding of the year'. "Ia adalah satu tekanan pada kami untuk merialisasikannya dan melepasi jangkaan orang ramai terhadap majlis ini," katakan ketika ditemui selepas majlis resepsi yang diadakan di Setia City Convention Centre.

Tambah Zain, segala usaha dan penat selama beberapa hari dalam menjayakan majlis ini berbaloi. Majlis resepsi berlangsung meriah dengan bertemakan 'taman inggeris' daripada Nas The Great Idea itu turut menyerlahkan keanggunan pasangan mempelai dengan baju rekaan Qudyn Kuala Lumpur dan Rizman Ruzaini serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11.2 juta.

Dalam pada itu, Zain berkata, dia akan menjaga amanat dan pesanan daripada ibu Rozita, Bedah Saad, 60, agar menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sebaik-baiknya. Sementara itu, Rozita yang sudah tiga hari bergelar isteri kepada pelakon itu mengakui melalui detik-detik bahagia dan gembira dalam hidupnya. "Saya belum sempat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri lagi kerana sibuk dengan majlis. "Alhamdulillah perasaan menjadi isteri sudah tiga hari ini bahagia dan gembira," ujarnya.

Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Rabu lalu. Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000. mstar

--  Fizo Omar Dan Mawar Honeymoon Di Dubai (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Majlis Berinai Che Ta Dan Zain Di Dewan NDah Barang Kemas RM11 Juta (Gambar)

No comments: