Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi berkata ini 
berdasarkan maklumat yang mengaitkan beliau dengan mazhab tersebut.
Abdul Rahim berkata maklumat-maklumat itu termasuk Mohamad membaca 'Selawat' mengikut ajaran Syiah. "Beliau juga dalam beberapa majlis menyatakan rasa kagum terhadap 
kepimpinan dan perjuangan Khomeini," katanya pada sidang media Khamis.
Abdul Rahim berkata, polis dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) 
akan terus bekerjasama untuk membanteras aktiviti penyebaran ajaran 
Syiah di negara ini. Menurut laporan berita terdahulu, Mohamad menafikan beliau pengikut Syiah.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan pemimpin nombor dua PAS yang
 dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi
 kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini 
melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" 
dalxam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 
2008.
"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS 
pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan 
perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," kata Abdul 
Rahim. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari 
Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan 
pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan 
politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam 
Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada 
penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong 
yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, 
Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya 
membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".
Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 
'Antara Pos' dengan Timba lan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit 
Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan 
dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah. "Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah 
Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya 
kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat 
hingga lima kali," katanya.
Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati 
membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, 
selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan 
menghadiri majlis ramah mesra di sana.
Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati 
beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,
 Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua 
ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di
 Gunung Semanggol. "Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N.
 Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, 
Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat
 Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di
 Qom, Iran," kata beliau.
Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr 
Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad 
pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi 
ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul 
Rahim. "Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga 
menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau
 sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat 
menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. "Amalan ini 
sinonim dengan golongan Syiah," katanya.
Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas 
menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan 
aktiviti Syiah. "Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia 
mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas 
berasaskan Syiah. "Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, 
rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau 
luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan 
Syiah," kata Abdul Rahim.
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah 
bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui 
kaitan beliau dengan Syiah, katanya. Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, 
ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa 
memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah. Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan 
ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan 
ummah. sinarharian
--  Johan As'ari Kemalangan Kereta Remuk (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)

No comments:
Post a Comment