Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia pada Selasa
akibat dijangkiti selesema, Influenza A. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa didapati
dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis "Perjumpaan Pegawai Awam
PDRM bersama KPN" di Melaka, Khamis lepas.
Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi Selasa. "Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan
yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Balai League Table 2013 di
sini, Selasa. Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.
"Rombongan dari Kedah yang menaiki sebuah bas kini dikuarantin di
hospital Kedah untuk pemeriksaan lanjut manakala beberapa orang lagi
dikuarantin di Melaka," katanya. Khalid berkata beliau juga telah
dipanggil untuk menjalani saringan kesihatan kerana menghadiri majlis
itu. Katanya virus itu dikesan apabila beberapa kakitangan didapati demam selepas menghadiri majlis berkenaan.
Mengenai laporan tentang seorang rakyat Malaysia dikatakan terlibat
dalam rusuhan di Little India, Singapura Ahad lalu, beliau berkata
individu berkenaan berstatus pemastautin tetap (PR) negara itu, telahpun
dibebaskan selepas siasatan lanjut dijalankan. "Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dia dah dibebaskan tanpa syarat," katanya. mstar
-- Bayi Perempuan Bogel Masih Hidup Ditinggalkan Tertiarap Atas Jalan Di Ipoh (Gambar)
-- Siti Nurhaliza Sedih Ketika Bantu Mangsa Banjir Di Pahang (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
No comments:
Post a Comment