ad ld

Pages

Showing posts with label polis wanita mati influenza a. Show all posts
Showing posts with label polis wanita mati influenza a. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Pegawai Kanan Wanita Polis Kedah Mati Akibat Influenza A Di Hospital Melaka

Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia pada Selasa akibat dijangkiti selesema, Influenza A. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa didapati dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis "Perjumpaan Pegawai Awam PDRM bersama KPN" di Melaka, Khamis lepas.

Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi Selasa. "Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Balai League Table 2013 di sini, Selasa. Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.