Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah
Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan,
Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai
ALLAH. Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian
Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan
berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, kira-kira jam 8.20 malam.
Dengan sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan
persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut
menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air
sembahyang. Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz
akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.
Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu
mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya
meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH. “Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman
hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang
ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal. “Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar
ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima
kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,”
katanya.
Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus
aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk
membuat pilihan. Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk
bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah
tangga. “Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan
menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua
turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,”
katanya. sinarharian
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Wan Maimunah Nikah Lagi Di Usia Cecah 60 Tahun (Gambar)
No comments:
Post a Comment