Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai 
insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor 
Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim 
perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai 
teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis 
serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred 
lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau
 berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji 
(HKG). "Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai 
perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan
 diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada 
persidangan Dewan Negara Isnin.
Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian
 insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan 
akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada 
pembangunan negara.
Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang 
pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem 
merit. "Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat. "Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di 
Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui 
Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan
 pengalaman yang dimiliki," katanya. Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. mstar
-- Siti Nurhaliza Sedih Ketika Bantu Mangsa Banjir Di Pahang (Gambar)
-- Safee Sali Nikah Wanita Indonesia 28 Disember (Gambar)
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)  

No comments:
Post a Comment