Peserta dari Kuantan, Pahang iaitu Khairu Norliza Khairudin telah
diumumkan sebagai juara program Projek Metro musim pertama selepas
berentap selama lapan minggu pada acara yang diadakan di Sri Pentas 2,
Plaza Alam Sentral malam Ahad.
Liza, 27, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000
dan kontrak selama setahun bersama Kumpulan Media Prima Berhad. Turut bertanding pada peringkat akhir itu adalah Nurfakhira Che Abdul
Muhsin atau Iera Fakhira, 24, Nur Hafizah Md Saad (Fiza), 25 dan
Muhammad Taufiq Abd Rahman, 19.
Pada pertandingan peringkat akhir ini para peserta diadili menerusi
tiga pusingan dan pada segmen pertama mereka diadili pada tugasan luar
iaitu pencapaian secara keseluruhan dalam khidmat masyarakat, segmen
radio dan penulisan. Dalam pusingan ini, peserta tunggal lelaki iaitu Taufiq telah
diumumkan sebagai finalis yang mendapat markah paling rendah dan
terpaksa disingkirkan pada malam itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul. Pusingan kedua memperlihatkan tiga peserta iaitu Fiza, Liza dan Iera
Fakhira diuji kredibiliti mereka sebagai pengacara TV dan mereka perlu
mengendalikan satu segmen program bersama tetamu khas seperti Wanita Hari Ini, Tunggu Sekejap dan Muzik-Muzik. Manakala pada cabaran terakhir ketiga-tiga finalis perlu menjawab
satu soalan yang disediakan barisan juri sebelum juara diumumkan.
Dua juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Roslen Fadzil dan Fasha Sandha.
Seelan Paul bertindak sebagai juri jemputan. Kemuncak Projek Metro dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada
artis popular seperti Salam Musik, Akim Ahmad, Alif Satar, Alyah dan
Ella.
Program itu dihoskan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan disiarkan secara langsung di TV3. mstar
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment