Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.
Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.
Malangnya , kenderaan yang rosak disebabkan banjir ini agak sukar untuk dikenal pasti , tetapi terdapat tanda-tanda boleh membantu anda dalam proses ini. Berikut adalah 10 cara untuk menentukan sama ada sebuah kereta terpakai dihadapan anda adalah sebuah kereta yang boleh diguna pakai atau hanyalah besi buruk berkarat yang disalut cat berkilat. Di harap nukilan ini dapat membantu mereka yang ingin membeli kereta terpakai di pantai timur.
1 – Jadi pembeli bijak
Tempat yang baik untuk memulakan pencarian anda untuk membeli sebuah kereta terpakai adalah berbincang dengan seorang penjual kereta yang bereputasi. Pengedar atau penjual berpengalaman yang baik tidak akan mengambil risiko dengan merobek pelanggan mereka. Terus terang tanya penjual jika kereta anda minat itu pernah rosak disebabkan banjir, dan dapatkan jawapan secara bertulis. Jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya jawapan “tidak yang diyakini” atau penjual kelihatan teragak-agak untuk memberi jawapan itu secara bertulis, ia adalah suatu sebab untuk anda risaukan.Anda juga boleh meminta penjual tersebut untuk melihat geran kereta, untuk mengenal pasti kereta itu datang dari kawasan banjir ataupun tidak. Akhir sekali, anda perlu berhati-hati dengan kereta terpakai yang berasal daripada kawasan banjir yang mana harganya jauh murah berbanding pasaran. Pasti ada sebabnya. Awas!
2 – Pemeriksaan Bau
Cara paling pantas untuk menghidu sama ada kereta itu mempunyai kerosakan banjir adalah untuk benar-benar menghidu baunya. Amat sukar sekali untuk menghilangkan bau berkulat kereta banjir, dan pembentukan cendawan adalah satu tanda pasti bahawa kereta itu pernah terdedah kepada sejumlah air yang banyak. Bau yang tidak menyenangkan adalah petunjuk berguna untuk bakal pembeli.Jika anda dapati terdapat bau kulat, anda mungkin sedang berhadapan dengan kereta yang pernah rosak akibat banjir. Jika anda masih tidak pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk di dalamnya, dan tarik satu nafas panjang untuk menghidu sama ada terdapat bau kulat atau tidak. Sila ambil perhatian jika di dalam kereta terdapat alat penyegar udara, kerana itu juga adalah satu tanda yang penjualnya sedang berusaha untuk menghilangkan suatu bau yang tidak menyenangkan, yang mungkin bau muntah bayi, dan mungkin juga bau kulat. Siapa tahu, bukan?
3 – Pemeriksaan dengan sentuhan
Bersama-sama dengan deria bau, sentuhan tangan adalah penting untuk memeriksa kadar kelembapan dalam sebuah kereta terpakai. Air banjir cenderung untuk berkumpul di lokasi tertentu di tempat-tempat yang mana penjual pun boleh terlepas pandang.Periksa karpet di tempat-tempat yang berbeza untuk mencari jika terdapatnya kelembapan. Jika anda boleh, angkat karpet untuk memeriksa kelembapan di bawahnya. Dengan ini anda juga boleh melihat tanda-tanda kerosakan diakibatkan air, seperti karat. Pastikan untuk membuka bonet kereta dan periksa karpet di situ. Kemudian keluarkan tayar ganti dan periksa apa yang ada di bawah.
4 – Periksa tanda-tanda kakisan
Kakisan adalah penderitaan biasa sebuah kereta yang pernah menghadapi banjir. Kerosakan yang anda lihat hari ini bukan satu-satunya punca karat, kerana kakisan juga akan terus memakan komponen kereta, walaupun selepas sekian lama kereta itu kering.Karat dan kakisan senang dilihat. Lihat tanda-tanda karat pada logam di dalam dan luar. Jika anda melihat karat pada skru, engsel pintu, atau braket di bawah papan pemuka, anda tahu bahawa logam tersebut pernah mempunyai hubungan yang signifikan dengan air. Untuk memeriksa dengan lebih teliti, buka pintu dan lihat di mana pintu bersentuhan dengan badan kereta. Kakisan sering berlaku di sudut tersebut. Periksa semua empat pintu, termasuk bawah, dalam dan luar kereta.
Akhir sekali, gunakan cermin kecil dan lihat di bawah tempat duduk. Periksa jika spring berkarat. Selain daripada itu, gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah kereta untuk serpih atau logam yang telah reput dan tanda-tanda hakisan yang lain.
5 – Kerosakan pada fabrik
Fabrik yang meliputi dalaman kereta boleh mendedahkan “cover-up” banjir. Sila periksa dengan teliti setiap fabrik – hadapan, belakang dan di bawah kerusi. Cari kesan air berwarna coklat. Satu lagi petunjuk ialah kualiti karpet. Jika kereta itu berusia 10 tahun tetapi karpet kelihatan baru, pasti ada sesuatu yang tidak kena.Selain itu, jika fabrik pada tempat duduk tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain, seperti pudar, lebih baru atau bercorak yang tidak sekata, maka mungkin seseorang telah mengeluarkan bukti-bukti kesan air berwarna coklat pada fabrik asal. Karpet yang longgar juga memerlukan penelitian lanjut. Jangan lupa untuk membandingkan karpet lantai dengan fabrik pada pintu dan bumbung untuk memastikan mereka semua datang dengan usia dan warna yang sama.
6 – Pandu Uji
Sistem elektrik kereta yang telah dikompromi adalah kritikal dan berpotensi mengancam nyawa kerana terdedah kepada jumlah air yang tinggi untuk jangka masa yang panjang . Anda perlu menguji kereta dengan secukupnya untuk memastikan semua komponen elektrik beroperasi dengan baik.Pertama , periksa bahagian bawah papan pemuka dan perlahan-lahan bengkok wayar elektrik untuk melihat jika ianya rapuh . Jika ya, ia mungkin disebabkan telah terendam di dalam air. Bagaimanapun, anda tetap perlu membuat pandu uji ,dan anda perlu mencuba semua alat elektronik di dalamnya.
Semasa menghidupkan enjin, sila ambil perhatian terhadap apa-apa bunyi yang tidak dijangka, dan gunakan mata dan hidung untuk melihat jika ada asap muncul dari mana-mana. Pastikan semua lampu papan pemuka menyala, termasuk lampu depan belakang, dan lampu-lampu lain. Hidupkan penghawa dingin , pengelap cermin, dan jangan lupa untuk menghidupkan radio.
7 – Periksa minyak enjin
Perubahan dalam warna dan kelikatan mungkin menunjukkan bahawa air telah masuk ke dalam minyak enjin. Jika anda biasa dengan memeriksa tahap dan kualiti minyak anda sendiri, anda mungkin dapat mengenal pasti kenderaan yang rosak akibat banjir dengan melakukan pemeriksaan minyak. Apa-pun, itu pun kalau penjual tidak menukar minyaknya lagi.Minyak dalam kereta yang terjejas akibat banjir akan bertukar warna, kadang-kadang boleh di samakan seperti warna kopi susu atau susu kocak coklat. Minyak kelihatan pucat di mana ia sepatutnya gelap. Minyak yang telah terjejas oleh banjir juga mungkin terasa melekit apabila disentuh. Jangan lupa periksa penapis udara juga ya.
8 – Indikasi pada lampu.
Terdapat beberapa tempat di kereta yang tidak akan kering tidak kira betapa gigih seseorang untuk cuba untuk menutup (cover-up) kerosakan akibat banjir. Teliti setiap lampu, kerana ia mungkin kelihatan berkabus apabila air telah terkumpul di dalam.Bagi kebanyakan kereta di negara panas dan lembab seperti Malaysia, keretakan pada lampu juga akan menyebabkan lampu berkabus kerana air hujan masuk ke dalam lampu. Perkara yang sama boleh terjadi di dalam panel instrumen.
9 – Kekotoran kecil
Semasa kereta ditenggelami air atau separa terapung dalam banjir, air akan membawa masuk semua bentuk serpihan, seperti rumput, kotoran, pasir dan keladak. Apabila paras air surut, air mungkin akan hilang, tetapi selainnya akan kekal. Adalah sukar bagi seseorang untuk membersihkan semua itu sepenuhnya.Apabila memeriksa sebuah kereta terpakai, anda dinasihatkan untuk periksa di tempat-tempat di mana lumpur dan rumput boleh kekal selepas banjir. Ini termasuk kawasan-kawasan berikut:
• di dalam dan di bawah kotak sarung tangan (glove box)
• celah enjin
• tempat bagasi
• di bawah tayar ganti
• di bawah papan pemuka
• di bawah tempat duduk
• di bahagian dalam roda
• sekitar pendawaian kereta.
Walaupun kereta terpakai dikatakan pelaburan yang bijak, tetapi anda pasti tidak mahu membeli kereta rosak yang akan menelas kos yang banyak dalam jangka masa panjang. Jika selepas pemeriksaan anda sendiri anda masih tidak pasti kereta tersebut dalam keadaan baik, sila dapatkan bantuan pakar, iaitu mekanik. Seorang mekanik yang pakar akan tahu di mana untuk mencari tanda-tanda kerosakan banjir. Lebih-lebih lagi tempat-tempat yang anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk memeriksa, seperti alternator, mekanisme pendawaian tertentu dan pam. arenakereta
-- Ayu Raudhah Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment