Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak
Superstar (LLS) musim pertama yang diadakan di Studio Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam Ahad. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan itu
berjaya mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan
kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus. Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle.
Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan
OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu
Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga. Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.
Dalam pada itu, Sathia ketika ditemui berkata, mereka bersyukur telah
dipilih sebagai pemenang dan mengakui bukan mudah untuk melunaskan
semua tugasan diberikan. "Saya sangat berterima kasih kepada Anas dan Akim kerana walaupun
mereka bukan daripada bidang komedi tetapi tetap mampu melunaskan semua
tugasan yang diberikan," katanya.
Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra
(Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang
tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail)
diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang
tunai RM25,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Media Prima Berhad,
Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan sambutan diberikan
oleh penonton terhadap LLS sehingga ia menjadi fenomena dikalangan
penonton. Jelas Ahmad Izham, dua kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir
telah memberikan persembahan paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga
bulan bertanding. "Mereka mampu menguasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan diberikan. "Program ini telah membuktikan bakat dan kreativiti setiap peserta
bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan
para peminat," katanya.
Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada
juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di
studio.
Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor
manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak
sebagai juri profesional. mstar
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
No comments:
Post a Comment