Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan  kehilangan tapak bersejarah yang berharga.
Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang 
tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan
 diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.
Lebih memburukkan keadaan semakan The Star di e-Bay dan beberapa 
laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu 
sahaja malah  artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut 
dilelong. Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, 
perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, 'celadon' 
pasu 'terracotta',  seramik biru dan putih Cina serta senjata.
Penjualan barangan purba tersebut telah berlansung secara sulit sejak
 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik 
persendirian dari Malaysia serta Singapura. Sekeping duit syiling emas yang hampir menyerupai syiling 10 sen pada
 hari ini, yang diperoleh daripada zaman Kesultanan Johor dijual di 
pasaran gelap pada harga RM2,000 hingga RM10,000.
Menurut sumber, kebanyakan khazanah dan artifak purba ini dijumpa oleh penduduk kampung dan nelayan di sepanjang Sungai Johor. Artifak berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor 
(YWJ), yang merupakan badan bertanggungjawab terhadap pentabiran muzium 
di Johor namun kebanyakan mereka lebih berminat untuk menjualnya di 
kedai menjual barangan antik.
Kebanyakan artifak yang ditemui itu dijual secara atas talian atau pun kedai antik di serata negeri. "Semuanya melibatkan soal duit, mereka (pencari harta karun) tahu 
nilai setiap artifak yang mereka temui. Maka mereka membuat keputusan, 
menjualnya untuk mendapatkan wang dengan jalan yang mudah," kata sumber 
berkenaan sambil menambah YWJ mengambil masa lebih kurang setahun untuk 
menetukan sumbangan yang diberikan kepada mereka yang menemui artifak 
tersebut.
Daerah terbesar di Johor, Kota Tinggi turut dikenali sebagai 'daerah 
bersejarah' kerana ia merupakan tempat bermulanya kerajaan Kesulatanan 
Johor lama. Seorang peneroka felda, Suhaimi Abd Aziz, 64, yang berasal daripada 
Kampung Johor Lama berkata kawasan berkenaan kaya dengan pelbagai 
khazanah yang sering ditemui oleh penduduk kampung. "Kebanyakan orang hanya menyimpan barangan tersebut sebagai harta pusaka keluarga," katanya.
Dia berkata berita mengenai sejarah tempat berkenaan mejadikan 
kampung tersebut menjadi lokasi yang sering dikunjungi oleh pencari 
harta karun termasuk pasukan penyelam yang mencuba nasib di kawasan 
berkenaan. Seorang lagi sumber daripada Jabatan Muzium Negara berkata kebanyakan
 artifak daripada negeri lain turut dijual di pasaran gelap.
"Pihak pemaju di Johor secara menemui artifak berharga ini secara 
tidak sengaja, namun yang menyedihkan adalah mereka tidak menyerahkannya
 kepada pihak berkuasa sebaliknya mereka lebih suka menjualnya untuk 
mendapatkan keuntungan. "Ada artifak ini boleh mencecah harga jutaan ringgit, namun semuanya 
bergantung kepada keunikan, barangan yang sukar ditemui serta keadaan 
artifak tersebut. Namun sudah pasti ia mempunyai harga di pasaran 
gelap," katanya.
Sementata itu Pengarah YWJ, Muhammad Fuad Radzuan berkata adalah satu
 tindakan yang menyalahi undang-undang sekiranya mereka yang menemui 
artifak Johor itu menjualnya kepada pengumpul khazanah purba atau kedai 
antik. "Kami tahu kebanyakan artifak yang ditemui di Kota Tinggi dijual 
kepada pengumpul barangan antik serta dijual dipasaran gelap kerana 
terdapat permintaan yang tinggi di sana," katanya.
Muhammad Fuad berkata mereka yang menemui artifak tersebut sepatutnya
 menyerahkan artifak berkenaan kepada YWJ untuk dijadikan sebagai 
warisan kerajaan kerana ia adalah bukti kewujudan negeri Johor di 
sepanjang Sungai Johor yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1520an. Beliau berkata bagi mereka yang mahu menjalankan kerja penggalian 
untuk mencari artifak negeri perlu melalui YWJ dan kemudiannya surat 
mereka akan dirujuk kepada Muzium Negara untuk mendapatkan kebenaran di 
bawah Akta Warisan Kebangsaan 2007.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, 
Datuk Zulkarnain Kamisan berkata kerajaan negeri sedang dalam usaha 
untuk mengazetkan Sungai Johor dan Kampung Johor sebagai tempat warisan 
bersejarah bagi memastikan artifak serta khazanah purba di kawasan itu 
tidak hilang dan dijual di pasaran gelap. mstar
-- Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Gazebo Setia City Convention Centre (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)  
 

No comments:
Post a Comment