Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah. Dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk
Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendakwa, kenyataan tersebut dibuat
berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada
percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.
Tambah beliau, antara bukti yang mengaitkan penglibatan pemimpin itu
termasuklah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam
berdasarkan cara Imam Khomeini. "Bukti itu boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk 'Teladan
Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah terbitan lidah
rasmi Pas, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.
Beliau berkata, pemimpin tersebut turut secara terang-terangan memuji
pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta
isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat
kali.
Sementara itu, Abdul Rahim turut mendedahkan, Tuan Guru Abd Rahim dari
Sungai Jagung, Pendang, Kedah juga mengesahkan pemimpin itu merupakan
salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihatnya menunaikan
solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
Sementara itu, tambah Abdul Rahim lagi, antara perbuatan pemimpin
berkenaan yang mencerminkan amalan ajaran Syiah adalah beliau juga
dikatakan pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan pengikut
Syiah dalam satu ceramah Pas di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada
2005.
"Berdasarkan temuramah antara pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin dengan
Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, Dr Hanafi mengesahkan
beliau melafazkan selawat tersebut," katanya. Katanya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi KDN, beliau didapati
telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit
Merah, Semanggol, Perak pada 2011. "Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah
yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung
Semanggol, Perak," jelasnya.
Sehubungan itu, katanya KDN dan agensi-agensi kerajaan sentiasa
memantau dan peka terhadap ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang
kian menular di negara ini. "Keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman
ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada dalam dan luar negara,
tidak sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah. "Fahaman Syiah boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman
awam termasuklah perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah,"
katanya lagi. sinarharian
-- Seks Dalam Kereta Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri Kes Rogol Gadis Bawah Umur
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment