Seorang pekerja restoran warga Bangladesh dihukum penjara 20 tahun
dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol dan menyamun
seorang wanita, dua bulan lepas. Hakim Rozina Ayob memerintahkan Buttu, 42, menjalani hukuman itu bermuladari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Okt lepas.
Bagi kesalahan merogol, Buttu dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan
manakala untuk pertuduhan menyamun, dia dihukum penjara sembilan tahun
dan enam sebatan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.
Dalam penghakimannya, Rozina berkata beliau mengambil kira fakta
bahawa ketika kejadian, mangsa hanya berada ditemani dua anak yang masih
kecil. "Selain itu, tertuduh juga menggunakan senjata iaitu parang keika kejadian dan mengacukannya ke perut mangsa," katanya.
Buttu didakwa merogol wanita berusia 31 tahun itu di rumah mangsa
pada 5.10 pagi 19 April tahun lepas mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan,
jika sabit kesalahan. Dia juga didakwa menyamun telefon bimbit milik mangsa bersenjatakan parang pada masa dan tempat sama. Terdahulu, Buttu, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan kerana mempunyai keluarga di Bangladesh.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang sedang tidur di
dalam bilik bersama dua anaknya dikejutkan dengan kehadiran tertuduh di
dalam rumahnya. Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa berdiam diri dan mengambil telefon milik wanita itu sebelum merogolnya di ruang tamu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din. mstar
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
No comments:
Post a Comment