Seorang pekerja restoran warga Bangladesh dihukum penjara 20 tahun
dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol dan menyamun
seorang wanita, dua bulan lepas. Hakim Rozina Ayob memerintahkan Buttu, 42, menjalani hukuman itu bermuladari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Okt lepas.
Bagi kesalahan merogol, Buttu dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan manakala untuk pertuduhan menyamun, dia dihukum penjara sembilan tahun dan enam sebatan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.