Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11
 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk 
mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 
peratus, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan 
perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam 
kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan 
timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri
 Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian 
sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan 
Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan 
dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya
 dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan
 Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan 
penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas 
Ekonomi. Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti 
elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, 
selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat 
kerajaan.
Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan
 penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis 
pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan 
mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal 
kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih 
dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang 
dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara 
atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau 
cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan 
yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan
 minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan 
banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, 
bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru 
Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 
1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan 
milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. mstar
--  Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Kota Bharu Dihadiri Tn Guru Nik Aziz (Gambar)
--  Skandal Adi Putra Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Nabila Huda Temui Kekasih Baru (Gambar)
No comments:
Post a Comment