ad ld

Pages

Showing posts with label najib umum 11 langkah jimat perbelanjaan kerajaan. Show all posts
Showing posts with label najib umum 11 langkah jimat perbelanjaan kerajaan. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Najib Umum 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan Mulai 1 Jan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.