"Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah tidak berlakon dan semakin seronok menjadi ibu dan suri rumah. Jadi tentang lakonan itu buat masa ini saya ketepikan dulu kerana keluarga adalah keutamaan. "Tambahan pula anak pertama masih menyusu badan jadi sukar untuk saya membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya," katanya.
Walau bagaimanapun begitu kata Ayu, dia mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran dan pengundurannya daripada bidang lakonan hanya bersifat sementara. Jelas Ayu, dia akan kembali berlakon selepas kelahiran anak kedua namun tidak terburu-buru untuk berbuat demikian. "Insya-Allah kalau ada rezeki lepas pantang nanti saya akan kembali berlakon tetapi jika tiada tawaran pun tidak mengapa," ujarnya.
Sementara itu, Ayu berkata, kandungan keduanya ini tidak mengalami sebarang masalah atau pun alahan namun suaminya yang mengalami alahan teruk pada awal dia mengandung. "Saya sebenarnya tidak sedar saya mengandung dan hanya perasan apabila tidak datang haid dan ingatkan ia perkara biasa kepada ibu yang menyusu badan."Apabila disahkan doktor saya hamil, kami berdua sangat gembira dan ia adalah rezeki daripada Allah," katanya yang menginginkan anak perempuan. mstar
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--
No comments:
Post a Comment