ad ld

Pages

Showing posts with label ayu raudhah seksi. Show all posts
Showing posts with label ayu raudhah seksi. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Ayu Raudhah Cuti Berlakon Kerana Hamil 4 Bulan (Gambar)

Pelakon Ayu Raudhah terpaksa melupakan bidang lakonan buat sementara waktu selepas disahkan hamil anak keduanya empat bulan lalu. Ayu, 28, berkata, buat masa ini dia akan memberikan tumpuan kepada kandungan dan rumah tangganya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak dan anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia sembilan bulan.


"Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah tidak berlakon dan semakin seronok menjadi ibu dan suri rumah. Jadi tentang lakonan itu buat masa ini saya ketepikan dulu kerana keluarga adalah keutamaan. "Tambahan pula anak pertama masih menyusu badan jadi sukar untuk saya membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya," katanya.

Sunday, December 15, 2013

Ayu Raudhah Mengandung Anak Kedua (Gambar)

Tahniah buat Ayu Raudhah yang mengandung anak kedua. Ayu berkongsi berita gembira itu di hari bahagia pernikahan kakaknya Rozita Che Wan. Ayu memberitahu dirinya sedang mengandung 4 bulan.


Anak pertama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha bernama Muhammad Aisy Qaiser dilahirkan 29 Mac lalu.

-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)