Pelakon Ayu Raudhah terpaksa melupakan bidang lakonan buat sementara
waktu selepas disahkan hamil anak keduanya empat bulan lalu. Ayu, 28, berkata, buat masa ini dia akan memberikan tumpuan kepada
kandungan dan rumah tangganya bersama pemain bola sepak kebangsaan,
Zaquan Adha Abd. Radzak dan anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang
kini mencecah usia sembilan bulan.

"Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah tidak berlakon dan semakin seronok menjadi ibu dan suri rumah. Jadi tentang lakonan itu buat masa ini saya ketepikan dulu kerana keluarga adalah keutamaan. "Tambahan pula anak pertama masih menyusu badan jadi sukar untuk saya membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya," katanya.