Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan
kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan
musibah banjir. "Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir
sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya
tahu susah payah, penderitaan mereka.
"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan
pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya
dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Sabtu. Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di
negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara
bayaran balik pinjaman mereka.
"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh
Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir
ditangguhkan sementara. "Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.
Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang
berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai
Timur Semenanjung. "Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi
jawatankuasa banjir negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada
semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan
bersungguh-sungguh,"katanya.
Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.
Perdana Menteri juga telah bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih
dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan
Agung Umno. mstar
-- Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment