Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun
di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata
kakaknya, Kamar Mahtum. Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa
pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana
Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin
selepas kerjanya di sana selesai.
"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan
membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang
tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira
7.40 pagi ini. Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di
sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat. "Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui
keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang
susah di sana masih diperlukan," katanya.
Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga
wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan
London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan
kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain. Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan
negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics
di United Kingdom.
Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan
pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan
pelajarannya. Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti
Aishah, Kamar Mahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi
antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu". sinarharian
-- Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman (Gambar)
-- Bapa Misha Omar Meninggal Dunia
-- Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)
No comments:
Post a Comment