Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong Georgetown Rabu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, 
bayi yang dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat berkenaan pada 8
 pagi. "Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa 
hari lepas dan polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk 
pemeriksaan," katanya.
Dalam kes lain, beliau berkata seorang kanak-kanak perempuan berumur 
lingkungan tiga tahun ditemui keseorangan di tapak pesta Sungai Nibong 
awal pagi Rabu. Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Jihan itu 
dipercayai terpisah daripada ibu bapanya dan ditemui pekerja tapak pesta 
pada 2.30 pagi.
"Setakat ini kita masih tidak menerima laporan mengenai kehilangan 
kanak-kanak itu dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan bayi dan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. mstar
--  Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung (Gambar)
--  Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
No comments:
Post a Comment