ad ld

Pages

Showing posts with label kes buang bayi terbaru. Show all posts
Showing posts with label kes buang bayi terbaru. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Bayi Perempuan Ditemui Di Koridor Flat

Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong Georgetown Rabu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, bayi yang dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat berkenaan pada 8 pagi. "Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa hari lepas dan polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan," katanya.

Dalam kes lain, beliau berkata seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan tiga tahun ditemui keseorangan di tapak pesta Sungai Nibong awal pagi Rabu. Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Jihan itu dipercayai terpisah daripada ibu bapanya dan ditemui pekerja tapak pesta pada 2.30 pagi.

"Setakat ini kita masih tidak menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan bayi dan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. mstar

--  Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung (Gambar)
--  Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)


Tuesday, December 10, 2013

Bayi Perempuan Bogel Masih Hidup Ditinggalkan Tertiarap Atas Jalan Di Ipoh (Gambar)

Seorang juru kimpal terkejut selepas mendapati bunyi yang disangka kucing mengiau rupanya suara tangisan bayi. Bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di lorong belakang deretan rumah kedai baharu di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , Ipoh pagi semalam.


Chong Lean Fatt, 48, berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di kawasan berkenaan. “Kira-kira jam 10 pagi, saya bersama rakan sibuk melakukan kerja sebelum mendengar suara seperti bayi menangis di luar premis.