ad ld

Pages

Showing posts with label amalan syiah. Show all posts
Showing posts with label amalan syiah. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Mat Sabu Pengikut Syiah Solat Guna Batu - KDN (Gambar)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi berkata ini berdasarkan maklumat yang mengaitkan beliau dengan mazhab tersebut.


Abdul Rahim berkata maklumat-maklumat itu termasuk Mohamad membaca 'Selawat' mengikut ajaran Syiah. "Beliau juga dalam beberapa majlis menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini," katanya pada sidang media Khamis.

Friday, December 13, 2013

KDN Dedah 10 Bukti Pemimpin No 2 Pas Terlibat Syiah

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah. Dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendakwa, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

Tambah beliau, antara bukti yang mengaitkan penglibatan pemimpin itu termasuklah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini. "Bukti itu boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah terbitan lidah rasmi Pas, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.