ad ld

Pages

Showing posts with label omg juara liga lawak superstar. Show all posts
Showing posts with label omg juara liga lawak superstar. Show all posts

Monday, December 9, 2013

OMG Juara Liga Lawak Superstar Raih RM250 Ribu (Gambar)

Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama yang diadakan di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam Ahad. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan itu berjaya mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus. Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle.


Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga. Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.