ad ld

Pages

Showing posts with label gambar liza projek metro. Show all posts
Showing posts with label gambar liza projek metro. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Liza Juara Projek Metro Musim Pertama Raih RM20 Ribu (Gambar)

Peserta dari Kuantan, Pahang iaitu Khairu Norliza Khairudin telah diumumkan sebagai juara program Projek Metro musim pertama selepas berentap selama lapan minggu pada acara yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam Ahad.


Liza, 27, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan kontrak selama setahun bersama Kumpulan Media Prima Berhad. Turut bertanding pada peringkat akhir itu adalah Nurfakhira Che Abdul Muhsin atau Iera Fakhira, 24, Nur Hafizah Md Saad (Fiza), 25 dan Muhammad Taufiq Abd Rahman, 19.