ad ld

Pages

Showing posts with label rogol gadis 12 tahun. Show all posts
Showing posts with label rogol gadis 12 tahun. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Seks Dalam Kereta Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri Kes Rogol Gadis Bawah Umur

Mahkamah Sesyen pada Rabu memerintahkan seorang pengurus restoran membela diri atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur. Hakim Ummu Khaltom Abd Samad berkata mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Riduan Masmud, 40.

Beliau menetapkan 16 dan 17 Dis untuk kes pembelaan. Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan 19 saksi dari 1 Julai hingga 14 Nov. Riduan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan berumur lingkungan 12 tahun sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Feb tahun ini.

Tuesday, December 3, 2013

Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula

Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).


Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.