ad ld

Pages

Showing posts with label benjy anak azean irdawaty. Show all posts
Showing posts with label benjy anak azean irdawaty. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Azean Irdawaty Meninggal Dunia (Gambar)

Pelakon Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya. Pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.


Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

--  Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
--  Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
--  Skandal Adi Putra Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Thursday, June 27, 2013

Benjy Ditangkap Positif Dadah Jenis Syabu

Benjy atau Khaeryyl Benjamin Ibrahim ditangkap polis lagi pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa. Utusan Malaysia melaporkan anak pelakon Azean Irdawaty itu ditangkap kira- kira 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.


Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya. Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya, katanya. mstar.

-- (Gambar) Benjy Lafaz Talak, Rujuk 13 Jam Kemudian
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam