ad ld

Pages

Showing posts with label pamela anderson malaysia. Show all posts
Showing posts with label pamela anderson malaysia. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Johan Asari Dan Lana Nordin Putus Cinta Kerana Tidak Direstui Keluarga (Gambar)

Tidak sampai sebulan percintaan pasangan pelakon yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin menghangatkan industri hiburan tanah air, namun hubungan itu dikhabarkan telah putus di tengah jalan. Memetik laporan portal berita hari ini, Johan menyatakan hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.


"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya. Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka. "Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Monday, December 2, 2013

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As'ari

Pelakon Lana Nordin meluahkan rasa sedih apabila dituduh menggunakan ilmu hitam untuk memikat aktor Johan As'ari gara-gara aktor tersebut telah melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga hari perkenalan. Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan, 27, itu adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.


"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan. "Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," katanya.