ad ld

Pages

Showing posts with label nurul af 2 menang saman melodi tv3 rm250 ribu. Show all posts
Showing posts with label nurul af 2 menang saman melodi tv3 rm250 ribu. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan Melodi dua tahun lepas.


Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua. Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.