Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan
dihadapkan ke mahkamah majistret Ayer Keroh, semalam atas pertuduhan
merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu. Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa
ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.