Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta,
pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia
Abdul Latiff menemui keluarganya. Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.

"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya. "Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya.