ad ld

Pages

Showing posts with label Dira Abu Zahar. Show all posts
Showing posts with label Dira Abu Zahar. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Dira Abu Zahar Keguguran Kandungan 6 Minggu (Gambar)

Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu. Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.


“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. “Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran dia,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Friday, October 1, 2010

Cara Ash Tak Kena - Dira

PETALING JAYA: "Dia cuba mengeruhkan keadaan." Demikian penjelasan pelakon Dira Abu Zahar, yang dikatakan mengelak untuk menemukan bekas suaminya Ash, dengan anak mereka, Anggun Deandra. Beritahu Dira, dia sebenarnya bukan tidak membenarkan Ash yang merupakan gitaris kumpulan Bau itu berjumpa Anggun sebaliknya cara Ash meminta izin untuk berjumpa anak mereka seperti ada yang tidak kena. "Saya enggan memanjangkan hal ini dan enggan berebut anak. Nak ikutkan saya dan dia tidak mempunyai masalah dalam hal penjagaan anak. "Cuma biar kena caranya. Saya tak suka guna orang tengah bila tibanya soal anak kerana saya mahu tidak ada masalah komunikasi antara saya dengan Ash.

"Saya agak kecewa apabila Ash meletakkan status dalam Facebook mengenai soal anak sedangkan dia boleh berurusan terus dengan saya. Tidak perlu masalah yang berlaku dihebohkan kepada orang ramai," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa hal penjagaan anak ke mahkamah jika masalah antara mereka tidak dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Saya sedih bila dia tulis di status Twitter dan Facebook dan tertanya-tanya kenapa dia perlu berbuat demikian?"Peliknya dia seperti ragu-ragu untuk berbaik dengan saya. Apa pun, saya harap masalah ini tidak diperbesarkan lagi antara kami," katanya. - mstar