
Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.
Pada babak kedua perlawanan, skuad Malaysia peluang untuk menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan penyerang pasukan, Syahrul Azwari Ibrahim. Thailand cuba mengasak dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila T. Natand melakukan rembatan cantik di kawasan penalti gara-gara kelekaan barisan pertahanan negara.
Terikat dengan kedudukan seri, skuad Malaysia terus bangkit melakukan serangan dan jaringan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-85 berjaya memberi kemenangan kepada skuad Malaysia sekali gus menjadi bekalan penting untuk perlawanan seterusnya.
Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas mengumpul empat mata dalam dua perlawanan. mstar
No comments:
Post a Comment