ad ld

Pages

Saturday, October 15, 2011

Senarai Jalan Ditutup Sabtu Dan Ahad Sempena Kayuhan Basikal OCBC

Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat-peringkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu, manakala pada Ahad pula, jalan-jalan yang terlibat akan mula ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. kosmo

-- Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis
-- Video Datuk Siti Nurhaliza, Falling In Love Live Di Pavilion KL
-- Atlet Boling Umur 20 Thn Mati Sakit Jantung Ketika Memandu

No comments: