Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.
Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.
“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza, malam Khamis.
Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.
Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu. Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan.
Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini. Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya. Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah. mstar
-- (Gambar) Mohd Raffie Mangsa Simbah Asid Syukur Tak Buta
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Drama Soffiya TV3, Sinopsis Dan Video Jom Tengok
2 comments:
baguslahIrma mcm tu..hormat majlis orgkan..:)
baguslah hormat majlis org..:)
Post a Comment